Wednesday, October 30, 2019

TAKUT LAA NAK BELI RUMAH


"...TAKUT LAA NAK BELI RUMAH..."


1. Harga rumah MAHAL takut tak mampu bayar.
Kalau 'loan' kau tak lepas, ye benar kau memang TAK mampu. Carilah harga rumah yang 'loan' nya lepas dan lulus. Bank pun akan buat kira-kira sama ada kau mampu bayar balik atau tak baru bank akan bagi.
2. TEMPOH bayaran balik agak lama, mana tahu masa hadapan macam mana. Sekarang mungkin MAMPU, masa hadapan kalau TAK MAMPU macam mana?
Kalau kau rasa LAMA, kau habiskanlah hutang rumah tu dengan cepat. Bayar bayaran bulanan macam biasa, setiap kali dapat BONUS atau ada duit lebih, kau pergi bank cakap nak bayar kau punya pinjaman rumah untuk PRINCIPLE. Bank akan bantu kau. Kalau kau konsisten bayar macam ni setiap tahun, pinjaman 30 tahun boleh singkat jadi 10-15 tahun sahaja.
Kalau kau buat rumah tu sewa, apa yang kau nak risau, penyewa yang bayarkan untuk kau. Kalau tak pandai cari penyewa pegi lantik ejen bantu kau. Tentang bayaran kau jangan risau, ejen hanya charge kau bila dia dah jumpa penyewa dan penyewa dah bayar deposit. Apa yang kau nak takutkan dengan ejen.
3. TEMPOH lama pinjaman, kalaulah aku culas bayar nanti bank akan lelong rumah aku macam mana?
Bank akan lelong kau punya rumah bila kau culas lebih 3 bulan. Kalau kau rasa dah tak boleh tanggung kau jual la rumah tu. Lantik ejen tolong jualkan, pasal bayaran kau tak perlu risau sebab bayaran hanya dikenakan lepas sudah ada pembeli dan sudah bayar deposit.
4. Kalau aku mati, kesian isteri anak dan keluarga aku kena tanggung bayar pada bank.
Bank pun tak nak kau mati dan tak boleh bayar, sebab itu bank akan suruh kau amik insurans/takaful atas pinjaman yang kau buat. Kau mati jer takaful yang akan "settlekan". Kalau takaful kau tak "cover" keseluruhan "loan" kau, kau amik takaful tambahan kat luar supaya kau tenang di sana.
5. Aku TAKUT salah beli, nanti aku yang RUGI.
Kalau kau takut salah, baik kau beli rumah dipasaran sekunder (subsale) sebab kau dah nampak sekeliling kawasan rumah tu, sama ada kau boleh duduk ke tak kawasan tu. Kau lihat dan kau percaya apa yang kau lihat. Jangan PERCAYA pada apa yang tiada dan yang AKAN ada di situ, kerana ianya harapan semata selagi ianya tidak berlaku. Tiada yang sempurna dengan apa yang kau nak, tapi kau boleh "adjust" diri kau menjadikan rumah tu berfungsi sebagai rumah. Rumah subsale juga boleh jadi tiada risiko rumah tak siap atau rumah hantu atau rumah busuk. Melainkan kau sendiri yang nak rumah hantu atau rumah busuk.

Apa yang kau takut lagi?

Semoga bermanfaat...
😝
🏡Ni ada rumah subsale sebijik yg molek, kawasan strategik, sewa mahal...harga pun bawah market value ( x sampai 200K pun )...berbaloi sangat, siapa cepat dia dapat!!!
*Jual Beli Hartanah Secara Mudah & Selamat Dengan Perunding Hartanah Berdaftar*👍
Zaimee Othman
REN32188
NSA SDN BHD


No comments:

Post a Comment

𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗧𝗲𝗿𝗲𝘀 𝗦𝗮𝘁𝘂 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗖𝗵𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗼𝗻𝗴 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗸𝗮𝗳 𝗕𝗵𝗮𝗿𝘂

"...𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗧𝗲𝗿𝗲𝘀 𝗦𝗮𝘁𝘂 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗖𝗵𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗼𝗻𝗴 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗸𝗮𝗳 𝗕𝗵𝗮𝗿𝘂......